Untuk memastikan segala proses penghantaran/pengeposan berlajan dengan lancar, maka sedikit bayaran dikenakan kepada pihak pembeli. Namun kos tambahan ini diyakini tidak membebankan pihak pembeli kerana hanya sejumlah kecil kos sahaja yang diperlukan. Namun dalam memastikan anda sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan kami, maka pihak kami amat komited untuk menyediakan kos penghantaran secara percuma terus ke tangan anda, tetapi ianya tertakluk kepada jenis barangan, berat dan juga promosi yang sedang dijalankan.
Pihak Free n' Shop Blog akan menggunakan perkhidmatan Pos Laju untuk urusan pengeposan. Penghantaran akan dilakukan selepas pihak admin menerima bayaran penuh daripada pembeli. Anda tidak dibenarkan untuk cancel tempahan dan wang deposit tidak akan dikembalikan kepada anda.
Dalam memastikan barangan sampai cepat terus kepada anda, terdapat beberapa kekangan seperti cuti hujung minggu dimana pejabat-pejabat pos ditutup. Kekangan juga bergantung kepada keadaan politik semasa dan juga cuaca seperti banjir yang mengakibatkan urusan penghantaran menjadi lebih panjang.